Jom Chat


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

Monday, October 10, 2011

Apa Itu KSSR..?



KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang

1.        Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

·         Pembangunan modal insan
·         Penghasilan pelajar celik minda
·         Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
·         Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

2.        Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

·         Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
·         Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

3.        Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.


Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983                        -               Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993                        -               Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003                        -               KBSR (semakan)

2011                        -               Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


Transformasi Kurikulum

        Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Hasrat Pendidikan

-                Falsafah Pendidikan Kebangsaan             -    Cabaran  Abad Ke-21
-                Dasar Pendidikan Kebangsaan              -    Model Baru Ekonomi (MBE)
-                Wawasan 2020                                      -    Teori Pembelajaran
-                Rangka Rancangan Jangka Panjang       -    4 Pillars of Education
 

CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)

Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian.  Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

·         Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
·         Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
·         Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
·         Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
·         Jati diri dan semangat patriotisme
·         Memahami dan menghayati budaya nasional


KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

·         Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) 
·         Berasaskan Prinsip KBSR: 
-          Pendekatan bersepadu
-          Perkembangan individu secara menyeluruh
-          Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
-          Pendidikan seumur hidup

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi     -                      
Penggabungjalinan kemahiran bahasa  secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi  - 
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika  - 
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai - 
Penghayatan amalan agama,  kepercayaan, sikap dan nilai
Kemanusiaan  - 
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri  - 
Pemupukan kepimpinan dan   sahsiah diri melalui aktiviti  kurikulum dan kokurikulum
 

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH  / ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
                ·         Kreativiti & Inovasi

·         Keusahawanan
·         Teknologi  Maklumat dan Komunikasi


  KURIKULUM BERASASKAN STANDARD






Kurikulum Transformasi  Sekolah Rendah digubal berasaskan     standard kandungan dan standard pembelajaran
Mengapa Standard?
                          Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan. 
                          Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
                          Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment  for learning).
                          Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.  
                   Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah 


Standard Kandungan
Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Satu penetapan kriteria    atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh  diukur bagi setiap standard kandungan.


Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Bahasa Malaysia
             Mendengar, memahami dan memberi  respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang  didengar dengan betul

Bahasa Malaysia
             Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan  bercapah.

Bahasa Inggeris
          Able to express personal response to literary texts

Bahasa Inggeris
            Able to respond to:
            a.  Book covers
            b.  Pictures in books
            c.  Characters
                 with guidance

Matematik
             Menama dan menentukan nilai nombor

Matematik
Menamakan nombor hingga 100:
a.  Membilang objek dalam kumpulan.
b.     Menamakan nombor bagi kumpulan  objek sebagai mewakili kuantiti.

 

5 comments:

  1. nampaknya murid kssr ni tak banyak guna latihan dalam buku tulis, sebab pembelajarannya banyak berfokuskan kepada aktiviti TMK dan lembaran kerja.
    jadi cikgunya kena sediakan fail lah jawabnya utk murid simpan bahan lembarannya tu.....tidak mustahil jika penilaiannya juga tiada penulisan tetapi terus pada penilaian secara berkomputer, pasni bukan cikgu je lah yang bawa laptop tapi murid juga akan bawanya, gerenti bil elektrik skolah mencanak kan.

    ReplyDelete
  2. Betul tu cikgu, tp oleh kerana negara kita mahu sebaris dengan negara maju, kena la buat sesuatu transformasi. Dan ini lah transformasi yg diperkenalkan oleh kerajaan, dan tidak mustahil ianya masih kekok untuk dilaksanakan. Kita sebagai perintis hendaklah menganggap ini sebagai 1 cabaran... Ayuh, tangkis semua keluhan, bangkit dan tonjol kebolehan..

    ReplyDelete
  3. masalahnya sekarang apa yang jadi kat saya camni, tahun ni saya pi kursus kssr tahun2, tahun depan saya kena ngajar sains tahun lain pulak, itu lah alkisahnya seperti yang terjadi tahun lepas saya pi kursus utk sains tahun 4 utk diajarkan pada tahun ni, naik tahun ni, saya kena ngajar tahun dua plak, tahun empat orang lain amikalih, itu yang buat marah ni...............buat penat je kobarkan semangat.nasib nasib

    ReplyDelete
  4. Saya bersimpati nasib cikgu, tapi tu la kan, seharusnya pentadbir sedar semua itu. Kita p kursus orang lain yg mengajar.. bukan saja guru menjadi mangsa, murid pon kena tempiasnya.. Yang pasti saya berpegang kepada prinsip saya, buat setakat mampu saya, kalau ada yang kurang jangan cari kelemahan saya, tapi cari solution untuk kelemahan saya. Adios...

    ReplyDelete
  5. Sistem PBS ni perlu ibubapa juga ke tanggung beli fail kos RM11 seorg. Cuba bayang ibubapa yg pendapat kecik ada anak 5 org bersekolah RM55 tu rasanya bkan mudah dia kumpulkan.Dah tu sekolah kerajaan lagi pula dulu saya sekolah juga takkan kos beli fail pun Kerajaan tak mampu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok apa yang menarik.. Klik pada ikon dibawah ini..