Saturday, November 23, 2013

++Persampelan++

PERSAMPELAN
  Populasi - merupakan keseluruhan unit/objek/elemen/responden/ yang merupakan asas kepada bahan pengukuran pengkaji
  Sampel - merupakan satu kumpulan, kelompok atau subset yang dipilih khusus untuk mewakili populasi dalam sesuatu kajian
  Sampel mungkin boleh merupakan unit/objek/elemen/responden atau apa-apa sahaja yang menjadi bahan pengukuran bagi mendapatkan data
  Persampelan adalah satu proses memilih sampel yang mungkin terdiri daripada unit/ objek/ elemen/responden dari satu populasi yang dikenal pasti dalam kajian dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi
  Kerangka Polisi - kerangka populasi merupakan senarai maklumat lengkap yang boleh diperolehi mengenai sampel yang akan dipilih

KEPENTINGAN PERSAMPELAN
  membolehkan pengkaji memilih sampel yang bersesuaian dari satu populasi yang besar
  membolehkan inferensi atau generalisasi dilakukan ke atas populasi berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi
  menyesuaikan dengan kos dan masa kajian

BENTUK DAN JENIS PERSAMPELAN
  Persampelan kebarangkalian (probability sampling)
ü  merujuk kepada andaian bahawa setiap ahli dalam populasi mempunyai peluang atau kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel
  persampelan bukan kebarangkalian (non-probability sampling)

MENENTUKAN SAIZ SAMPEL
  sampel yang terlalu besar akan menyukarkan pengkajian menjalankan kajian kerana akan memakan masa yang agak lama dan kos yang tinggi
  sampel yang terlalu sedikit akan memberi kesan kepada analisis statistik serta kesahan sampel dalam mewakili populasi
  Rujuk Krejcie dan Morgan (1970) jadual 4.1 halaman 50.

PERSAMPELAN KEBARANGKALIAN (PROBABILITY SAMPLING)
  Persampelan Rawak Mudah  (Simple Random Sampling)
ü  Persampelan rawak mudah merujuk kepada andaian bahawa setiap unit/objek/ elemen/ responden mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel tanpa sebarang bias pemilihan
ü  Setiap unit/objek/elemen/responden perlulah diberikan peluang untuk pilihan
ü  pengkaji mempunyai satu senarai kerangka populasi yang lengkap dan setiap sampel akan dipilih secara rawak
  Persampelan Sistematik  (Systematic Sampling)
ü  Persampelan bersistematik menetapkan cara yang lebih mudah untuk mendapat atau memilih sampel
ü  contoh, nisbah sampel kepada populasi ialah 1 : 10 (100 : 1000)
ü  Merupakan kaedah yang efisien
  Persampelan Rawak Berstratifikasi (Stratified Random Sampling)
ü  pemilihan responden dalam kelompok atau strata tertentu yang mewakili populasi kajian
ü  sekiranya diandaikan wujud perbezaan-perbezaan tertentu dalam kumpulan atau strata yang berlainan
ü  kumpulan-kumpulan pembolehubah yang bermakna yang membolehkan pengkaji membuat perbandingan mengenai isu2 tertentu
ü  Cth; perbezaan jantina, pilih 50 lelaki & 50 wanita
  Persampelan Rawak Berstratifikasi Bernisbah (Proportional Stratified Random Sampling)
ü  kaedah ini pengkaji harus menentukan bilangan sampel yang perlu diambil berdasarkan kepada jumlah populasi
ü  Pemilihan berdasarkan nisbah populasi
  Bernisbah (Disproportional Stratified Random Sampling)
ü  berstratifikasi bernisbah kadangkala menyebabkan jumlah sampel dalam sesuatu strata itu terlalu kecil
ü  analisis statistik yang berkesan sukar dijalankan
ü  dilakukan melalui proses yang sama seperti persampelan rawak berstratifikasi bernisbah

  Persampelan Rumpun Pelbagai Tahap (Multistage Cluster Sampling)
ü  kajian yang dilakukan memerlukan pengkaji mengambil sampel yang besar seperti kajian untuk sebuah negeri ataupun negara mahupun populasi yang besar
ü  memerlukan pengkaji membuat perancangan dalam memilih sampel akhir
ü  Rumpun di sini merujuk kepada entiti yang boleh berupa kelompok, kumpulan, strata atau organisasi yang melibatkan unit-unit heterogeneous (pelbagai)

PERSAMPELAN BUKAN KEBARANGKALIAN (NON-PROBABILITY SAMPLING)
  unit/objek/elemen/responden tidak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.
  Sampel dari populasi yang berbentuk homogeneous mungkin lebih sesuai menggunakan kaedah ini
Persampelan mudah (Convenience/Accidental Sampling)
  Sesiapa sahaja dalam populasi yang dikenal pasti, boleh menjadi sampel tanpa perlu sebarang proses pemilihan secara rawak asalkan bersetuju untuk menjadi responden kajian.
  selalunya digunakan dalam fasa penerokaan sesuatu kajian atau bila pengkaji memerlukan sampel dengan segera atau mungkin tidak ada masa bagi membentuk kaedah persampelan lain
  kaedah persampelan bagi mendapatkan maklumat mudah, cepat dan berkesan
Persampelan bertujuan  (Purposive Sampling)
  Persampelan bertujuan digunakan bagi mengumpul maklumat dari sekumpulan sampel yang khusus dan spesifik serta bertepatan dengan objektif kajian
  merujuk kepada sesuatu perwakilan formal
  memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam kajian dan tergolong dalam populasi kajian
  Cth; pakar
Persampelan Kuota (Quota Sampling)
  sebenarnya hanya menerapkan konsep stratifikasi dalam pemilihan sampel.
Persampelan Bola Salji (Snowball Sampling)
  bermaksud mendapatkan jumlah sampel yang sedikit dahulu sebelum jumlah itu bertambah melalui maklumat nama dan lokasi sampel lain yang diberikan oleh sampel awal
  Cth; pelacur






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok apa yang menarik.. Klik pada ikon dibawah ini..

Jom Chat


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.