Jom Chat


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

Friday, April 26, 2013

Sudut Khas dalam Trigonometri







Thursday, April 18, 2013

Pembelajaran Konstruktivisme


Salam 1 Malaysia
Teori ini konstruktivisme berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Antara tokoh yang bertanggungjawab memperkanalkan teori ini adalah L. Vigotsky dan Jean Piaget. Implikasi teori ini dalam P&P ialah peranan guru merupakan pembimbing, pemudahcara serta perancang dan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Malah, pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. 
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru. Melalui kaedah ini, seorang guru harus menyedari lima elemen penting sebelum mengaplikasikan langkah-langkah pengajaran.
  1. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid    tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
  2. Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
  3. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
  4. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
  5. Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid.

Dengan lima elimen penting pengajaran guru, maka pelajar berpeluang untuk menerima pembelajaran secara kolektif dan dinamik antara hasil kelebihan teori konstrutivisme .
Mampu Berfikir:
Membina pengetahuan baru, berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Ini boleh dicapai melalui aktiviti mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpristasi dan membuat kesimpulan.
Memahami:
Kefahaman mengenai sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam membina pengetahuan baru. Sekiranya murid sudah dapat memahami sudah tentulah mereka akan dapat mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kehidupan dan situasi baru.
Daya Mengingat:
Setelah mereka memahami sesuatu konsep, mereka akan dapat mengingati lebih lama kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Berkeyakinan:
Mereka belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu.Ini akan menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
Berkemahiran sosial:
Mereka boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Mereka akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka dan guru-guru dalam membina pengetahuan mereka sendiri.
Rasa kesoronokan:
Mereka membina sendiri pengetahuan , konsep idea secara aktif yang akhirnya menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.



















Ini merupakan contoh pengajaran berdasarkan Konstruktivisme yang saya laksanakan di dalam kelas saya. terima kasih kepada anak murid saya 3 Gemilang kerana memberi kerjasama yang sangat baik.


Friday, April 12, 2013

Logaritma Tingkatan 4

Berikut merupakan hukum dan penukaran asas logaritma ;



Miskonsepsi (kesalahan) yang sering berlaku terhadap pelajar ialah seperti gambarajah berikut;


Penyelesaian........




cara untuk mengatasinya boleh la disaksikan seperti vedio yang saya ambil dari youtube;





Selain daripada itu, anda boleh lihat contoh berikut;


Sebagai tambahan, saya sediakan nota yang boleh ditampal di sudut matematik di dalam kelas;



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok apa yang menarik.. Klik pada ikon dibawah ini..