...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................
Showing posts with label Kimia. Show all posts
Showing posts with label Kimia. Show all posts

08 November 2014

Sumber Pencemaran Bertitik - Air

Pencemaran berpunca daripada cecair tapak pelupusan sisa pepejal (Landfill Leachate) merupakan sumber pencemaran bertitik. Ini kerana tapak pelupusan sisa pepejal hanya menyalurkan bahan pencemar dari lokasi tertentu yang mudah dikenal pasti. Titik penyaluran bahan pencemar air adalah seperti paip, longkang dan parit.


Terdapat banyak parameter atau bahan pencemar daripada Landfill Leachate yang boleh menyebabkan pencemaran air yang serius. Antaranya adalah seperti nitrogen dan fosforus yang boleh menyebabkan kemusnahan ekosistem. Selain itu, asid dan bahan logam hasil daripada cecair sisa pelupusan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia dan haiwan.


Sisa kumbahan merupakan sumber yang kaya dengan nutrien seperti nitrogen dan fosforus. Biasanya nitrogen adalah komponen penting dan penjanaan tisu dan sintesis protein dalam sel tumbuhan termasuk sel alga. Fosforus juga diperlukan dalam penjanaan tenaga melalui cahaya matahari oleh sel tumbuhan dan alga. Namun begitu, Dalam hal pencemaran air, nitrogen dan fosforus sering dikaitkan dengan pencemaran air kerana kandungan nitrogen dan fosforus yang berlebihan di dalam air boleh mengganggu kestabilan ekosistem sesuatu sumber air melalui pertumbuhan sel alga secara berlebihan. Sumber air yang mengandungi kepekatan nutrien dan alga yang tinggi dikatakan mengalami proses eutrofikasi. Kepekatan sel alga yang tinggi di dalam air dikenali sebagai alga bloom dimana air akan berwarna hijau dan berbau busuk yang akan mengurangkan nilai estetik sumber air tersebut.




Bahan kimia tidak organik yang paling membimbangkan adalah logam berat seperti merkuri, plumbum, kadmium, selenium dan arsenik. Bahan logam berat ii sangat bahaya walaupun wujud pada kepekatan yang rendah di dalam air. Proses Bioakumulasi boleh menyebabkan kehadiran logam berat yang sangat tinggi dalam tumbuhan dan tisu haiwan seperti ikan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia jika memakan tumbuhan dan ikan yang hidup dalam air yang dicemari oleh logam berat. Asid juga boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan sekiranya wujud dalam kepekatan yang tinggi. Asid akan menurunkan nilai pH air dan boleh mengganggu kestabilan ekosistem akuatik.


15 September 2014

KITARAN NITROGEN DAN KEPENTINGANNYA

Kitaran biogeokimia atau kitar nutrien adalah satu laluan dimana unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik bumi. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat tempat dimana unsur-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang.



Sebelum menerangkan lebih lanjut bagaimana aktiviti antropogenik boleh mengganggu kitaran nitrogen, mari kita lihat proses kitaran nitrogen terlebih dahulu.

1.      Gas nitrogen di atmosfera berubah menjadi sebatian nitrat melalui tindakan kilat, letusan gunung berapi & aktiviti bakteria pengikat nitrogen
2.      Tumbuhan menyerap ion nitrat dari tanah melalui akar dan menggunakannya untuk membina protein tumbuhan
3.      Apabila haiwan memakan tumbuhan, sebatian nitrogen ini menjadi protein haiwan.
4.      Setelah haiwan & tumbuhan mati, bakteria pereputan atau pengurai menguraikan tisu mati organisma kepada sebatian ammonium
5.      Bakteria penitritan mengubah sebatian ammonium menjadi nitrit seterusnya nitrit menjadi nitrat
6.      Bakteria pendenitritan mengubah nitrat dalam tanah menjadi gas nitrogen semula

Unsur nitrogen diperlukan untuk pembentukan protein dalam tumbuhan dan haiwan.  Nitrogen diudara tidak dapat digunakan secara langsung oleh haiwan dan tumbuhan. Tumbuhan perlu dapatkan nitrogen dalam bentuk  ion nitrat terlarut di dalam tanah & seterusnya dimakan oleh haiwan. 

Oleh yang demikian, aktiviti antropogenik seperti pembakaran bahan api fosil oleh industri dan kenderaan akan menggangu kitaran ini. Kesan yang paling ketara ialah pemanasan global. Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan api fosil. Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.

Penggunaan baja kimia juga akan menjejaskan peranan bakteria pendenitritan untuk menjalankan proses mengubah nitrat dalam tanah menjadi gas nitrogen semula. Akhirnya kandungan nitrogen dalam udara akan berkurangan. Jika ini berlaku, kandungan nitrogen yang dianggarkan 78% berada di atmosfera pastinya akan terjejas. 

SEBATIAN ORGANIK

Sebatian kimia dibahagikan kepada sebatian organik dan sebatian bukan organik. Pembahagian sebatian kimia kepada sebatian organik dan sebatian bukan organik berdasarkan sumber sebatian-sebatian tersebut. Sumber sebatian organik ialah benda-benda hidup iaitu haiwan dan tumbuhan. Sebatian organik ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon yang terikat melalui ikatan kovalen kpd unsur-unsur lain seperti hidrogen, oksigen, halogen, nitrogen, sulfur atau fosforus.
Antara sifat umum sebatian organik ;
      Terdiri drp molekul-molekul kovalen
      Maka ia menunjukkan sifat-sifat umum sebatian kovalen:
     Takat lebur dan didih yg rendah.
     Tidak mengkonduksi elektrik dalam semua keadaan fizik.
     Biasanya tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik ( cth : eter & alkohol).


Karbohidrat ialah sebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen dalam nisbah 1:2:1, masing-masing. Karbohidrat terdiri daripada kanji, gula dan selulosa. Makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, ubi kentang, roti, gula dan pisang. Karbohidrat juga boleh dikategorikan kepada karbohidrat ringkas (iaitu monasakarida dan disakarida) seperti gula, kek dan buah-buahan; dan karbohidrat kompleks (iaitu polisakarida) seperti kanji, pasta, roti, bijirin sarapan dan lain-lain lagi. 

Karbohidrat seperti gula dan kanji membekalkan sumber tenaga utama dalam menjalankan aktiviti harian manakala serat membantu merangsang tindakan di usus. Setiap satu gram karbohidrat menyumbangkan sebanyak empat kalori.

18 October 2013

+++Unsur-Unsur Monoatom dan Dwi-atom+++

Unsur logam yang terdapat dalam jadual berkala kebanyakannya wujud dalam keadaan monoatom. Namun terdapat unsur yang wujud dalam bentuk  dwi-atom dan lebih. Ini kita panggil sebagai unsur-unsur yang wujud sebagai molekul kovalen. Gambar di bawah menunjukkan unsur-unsur yang wujud dalam keadaan dwiatom dan lebih.











07 October 2013

Unsur Logam dan Bukan Logam

UNSUR LOGAM
        
Kebanyakan unsur yang ada di muka bumi ini adalah logam. Logam merupakan sebuah unsur yang berkilat. Logam merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, mudah dibentuk, dan liat. Logam boleh memantulkan cahaya sehingga mempunyai sifat berkilat. Beberapa logam boleh dibentuk menjadi pipih tanpa mengalami kerosakan kerana sifatnya yang mudah dibentuk. Oleh kerana sebahagian logam bersifat liat, maka logam tersebut boleh ditarik menjadi dawai atau kabel halus.

         Salah satu logam yang digunakan dalam industri ialah besi. Besi merupakan salah satu unsur logam dalam sistem jadual berkala . Logam besi mempunyai simbol Fe , yang merupakan singkatan dari ferrum . Besi (Fe) merupakan salah satu logam yang mempunyai peranan sangat besar dalam kehidupan manusia. Kewujudannya sangat besar dan merupakan jenis logam kedua terbanyak di muka bumi. Oleh itu, besi banyak digunakan dalam kehidupan seharian termasuk dalam industri berat. Di muka bumi , besi berada dalam pelbagai bentuk sebatian , misalnya beberapa sebatian yang mengandungi Fe2O3 ( hematite ) , Fe2O3.H2O ( limonit ) , Fe3O4 ( magnetic ) , FeCO3 ( siderite ) , dan fes2 ( pirit ) . Untuk mencipta produk-produk berasaskan besi, (Fe) akan dicampur dengan karbon agar memiliki sifat yang lebih kuat mengikut kadar yang telah ditetapkan.


Berikut beberapa contoh logam dan kegunaanya;



BUKAN LOGAM

Semua unsur bukan logam kecuali hidrogen berada pada sisi kanan jadual berkala . Sedangkan sifat -sifat fizikal bukan logam adalah bertentangan dengan sifat -sifat logam. Dalam bentuk padat , bukan logam ini bersifat rapuh sehingga tidak dapat dibentuk ( tidak anjal ) dan juga tidak dapat ditarik menjadi dawai (tidak fleksibel atau tidak liat ) . Unsur- unsurnya sendiri mempunyai stuktur kimia yang berbeza dari logam. Bukan logam merupakan bukan pengalir letrik atau haba yang baik. Reaksi kimia bukan logam juga berbeza dengan reaksi kimia logam. Bukan logam tidak bertindak balas dengan larutan asid, dan jika terbakar di udara atau oksigen, bukan logam ini membentuk oksida yang menghasilkan asid dan air.

Jika perhatikan jadual berkala, terdapat hanya 17 unsur bukan logam , namun unsur- unsur tersebut merupakan beberapa unsur yang penting bagi kehidupan, seperti karbon, sulfur, nitrogen, oksigen, fosforus, dan iodin . Separuh dari bukan logam ini adalah gas seperti oksigen, nitrogen, dan klorin . Pada suhu 300C (860F) beberapa unsur bukan logam dalam keadaan padat. ( seperti karbon , C) . Unsur bukan logam lain berbentuk cecair ( seperti bromin , Br ) dan gas ( seperti helium , He ) . Jadual berikut menunjukkan beberapa contoh unsure bukan logam dan kegunaannya dalam kehidupan seharian.


Jadual berikut menunjukkan perbezaan diantara sifat fizik unsur logam dan bukan logam






AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.