...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

19 January 2012

Exam oh Exam

Akhirnya....
Setelah bertungkus lumus akhirnya selesai juga exam bagi semester 1 sesi 2011/2012 yang berlangsung pada 14 Januari 2012 hingga 15 Januari 2012...
Menariknya kali ini saya berpengalaman menjalani peperiksaan berdekatan dengan Stadium Proton City
yang merupakan tempat yang sinonim dengan saya dulu...
hehehehe.... saya dulu mengajar di SK SERI BESOUT.... so setiap kali ada pertandingan Balapan & Padang, di sini lah tempatnya..... so saya tidak mempunyai masalah untuk mencari dewan peperiksaan...
yang kesiannya ada di antara rakan lain tersesat dan mcm2 lagi kisah ...
Apa pon, tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar UPSI kerana menyempurnakan tanggungjawab serta mengambil bahagian dalam peperiksaan semester kali ini... 
dan yang paling BEST semua pelajar UPSI yang mengambil exam pada hari pertama telah mendapat Baucar Buku 1 Malaysia yang bernilai RM 200.... 



Terima kasih UPSI...terima kasih MALAYSIA....

*p/s..... sayabanggamenjadiwargaUPSI.....


01 January 2012

KSSR TAHUN 2- 2012

Salam 1 Malaysia,

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012...

Semoga pada tahun ini kita semua menjadi guru dan pendidik yang

CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG...

Untuk Tahun 2012 ini, saya ada menyediakan beberapa Dokumen 

yang boleh diguna pakai selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah 

Bagi murid Tahun 2 pada 2012 ini;

Semoga ianya sangat berguna; Hanya klik pada link berikut;



Untuk mata pelajaran lain, anda boleh klik link Laman Web rasmi berikut;



tak pon boleh lihat terus slide yang saya sediakan seperti berikut;


View more documents from Qaseh Sayang.

Selamat mengajar...:)

30 December 2011

Sistem Pengurusan Latihan Guru

Perluasan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) ke semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru telah selesai menjalankan taklimat Sistem Pengurusan Latihan Guru di semua Jabatan Pelajaran Negeri.
Oleh yang demikian pihak BPG memohon kerjasama semua JPN menjalankan perluasan SPLG kesemua PPD dan sekolah serta memasukkan maklumat-maklumat latihan dari bulan Januari 2011 sehingga Disember 2011. sebagai persiapan pelaporan yang perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Pihak kami mencadangkan tarikh pengemaskinian dilaksanakan sebelum pada 30 November 2011 bagi memudahkan lagi proses penyediaan pelaporan.
Kerjasama Y.Bhg Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan bagi menjayakan usaha ini didahului dengan ucapan terima kasih 

link;

09 December 2011

Standard Guru Malaysia

Kengkawan a.k.a guru2 Malaysia.. 
Jangan lupa isi Standard Guru Malaysia before 31 Dis 2011 ya... 
ia tentang PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA. Sendiri buka sendiri tau la nanti...hehehehe

ini dia linknya http://apps.moe.gov.my/sgm/index.cfm

ID pengguna = K/P anda & kata laluan = 4 angka terakhir no K/P

06 December 2011

Program yang digunakan dalam penghasilan blog

Salam semua,
Di sini saya ingin berkongsi beberapa program yang saya gunakan dalam menghasilkan blog saya ini.
Hampir kesemuanya saya ambil dari internet, memang sangat mudah dan pantas. Ada diantara program itu merupakan trial sahaja. tetapi memadai untuk kita mencuba dan mempelajarinya.
Antara program2 tersebut, seperti;
  1. FreemakeVideoConverter
  2. Youtube Splitter
  3. Disketch (Disk cover)
  4. Save As PDF and XPS (kecilkan m.word)
  5. http://www.bannersnack.com/
  6. http://www.slideshare.net/
  7. http://www.scribd.com/
Nak tahu lebih lanjut, boleh cari dalam internet.. selamat mencuba..

29 November 2011

09 November 2011

Contoh Laporan Tahunan

Salam kawan2... Saya ada maklumat lain untuk dikongsi.. Ini merupakan contoh laporan yang saya pernah
bentangkan dalam Mesyuarat Kurikulum/Panitia sekolah lama saya iaitu SK SERI BESOUT, SUNGKAI. Saya harap laporan ini memberi idea untuk anda bentangkan sebarang laporan berkaitan dengan PJK di sekolah anda. Dengan adanya laporan berbentuk Power Point ini, idea serta penyampaian kita akan lebih ringkas, padat dan tepat. Selamat membaca...

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.