Saturday, November 8, 2014

Sumber Pencemaran Bertitik - Air

Pencemaran berpunca daripada cecair tapak pelupusan sisa pepejal (Landfill Leachate) merupakan sumber pencemaran bertitik. Ini kerana tapak pelupusan sisa pepejal hanya menyalurkan bahan pencemar dari lokasi tertentu yang mudah dikenal pasti. Titik penyaluran bahan pencemar air adalah seperti paip, longkang dan parit.


Terdapat banyak parameter atau bahan pencemar daripada Landfill Leachate yang boleh menyebabkan pencemaran air yang serius. Antaranya adalah seperti nitrogen dan fosforus yang boleh menyebabkan kemusnahan ekosistem. Selain itu, asid dan bahan logam hasil daripada cecair sisa pelupusan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia dan haiwan.


Sisa kumbahan merupakan sumber yang kaya dengan nutrien seperti nitrogen dan fosforus. Biasanya nitrogen adalah komponen penting dan penjanaan tisu dan sintesis protein dalam sel tumbuhan termasuk sel alga. Fosforus juga diperlukan dalam penjanaan tenaga melalui cahaya matahari oleh sel tumbuhan dan alga. Namun begitu, Dalam hal pencemaran air, nitrogen dan fosforus sering dikaitkan dengan pencemaran air kerana kandungan nitrogen dan fosforus yang berlebihan di dalam air boleh mengganggu kestabilan ekosistem sesuatu sumber air melalui pertumbuhan sel alga secara berlebihan. Sumber air yang mengandungi kepekatan nutrien dan alga yang tinggi dikatakan mengalami proses eutrofikasi. Kepekatan sel alga yang tinggi di dalam air dikenali sebagai alga bloom dimana air akan berwarna hijau dan berbau busuk yang akan mengurangkan nilai estetik sumber air tersebut.




Bahan kimia tidak organik yang paling membimbangkan adalah logam berat seperti merkuri, plumbum, kadmium, selenium dan arsenik. Bahan logam berat ii sangat bahaya walaupun wujud pada kepekatan yang rendah di dalam air. Proses Bioakumulasi boleh menyebabkan kehadiran logam berat yang sangat tinggi dalam tumbuhan dan tisu haiwan seperti ikan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia jika memakan tumbuhan dan ikan yang hidup dalam air yang dicemari oleh logam berat. Asid juga boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan sekiranya wujud dalam kepekatan yang tinggi. Asid akan menurunkan nilai pH air dan boleh mengganggu kestabilan ekosistem akuatik.


Thursday, October 23, 2014

Tutorial : Upload Gambar dalam PHOTOBUCKET

Salam kawan2..

Kali ini Ola nak Share macam mana nak masukkan gambar dalam Photobucket.. Idea ini muncul selepas salah seorang rakan maya ola bertanya a.k.a kak Rose Roja.. Rakan Maya? yala.. Rakan seUniversiti tapi kebanyakannya kami cuma bersua muka di alam maya... Hebatkan kuasa persahabatan ini... hehehe Harap-harap hubungan ini diberkatiNya.. amin...

So here we are... direct to the point... Just follow the instruction then its easy understand by just look at picture that i provide special just for u all...

1. Cari kat en google dulu... so pilih la yg ola bulatkan ni..





2. Sign up kalau tak ada akaun lagi.. kalau dah ada just login mcm biasa




3. Kli upload untuk upload gambar yang kita nakkan URLnya tu...


4. Klik choose photo tu atau tarik ja gambar dalam PC or laptop tu masukk ke kawasan petak garik putus-putus tu.




5. Gambar yang dah diupload akan berada di bawah.. kalau nak upload gambar lain just ikut arahan sebelum ini yer...




6. Untuk dapatkan URL gambar anda, ada kat sebelah kanan bawah tu. atau yang kat atas tu...



Okey.. dah siap.. Cer try...


Dah Berjaya..!!!... Tahniah.. anda berjaya...

SELAMAT MENCUBA 

Wednesday, October 8, 2014

Kepadatan Penduduk Negara China (Faktor dan Implikasi)

Salam 1Malaysia,

Untuk forum kali ini, saya akan memberikan beberapa faktor yang menyumbangkan kepada bilangan penduduk yang ramai di negara  China yang merupakan sebuah negara yang mempunyai populasi penduduk paling ramai di dunia. Menurut laporan yang saya ambil dari http://www.census.gov/popclock/ pada hari ini (08 Oktober 2014) China berada pada tangga teratas populasi penduduk yang teramai iaitu 1, 355 692, 546. Begitu juga dengan carian saya pada wikipedia yang menunjukkan negara China berada pada kedudukan tertinggi dalam kepadatan penduduk. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada bilangan penduduk negara China yang ramai ini.





Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Selain daripada faktor keluasan negara China ini sendiri, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada bilangan penduduk mereka. Antaranya ialah dari segi Taraf Kesihatan. Kebanyakan penduduk di negara China ini sangat menitik beratkan soal kesihatan. Ini dapat saya lihat sendiri semasa saya berkunjung ke Beijing. Mereka mengamalkan pemakanan yang baik dan melakukan senaman yang dapat membantu mereka sentiasa kekal cergas. Selain daripada itu, prasarana kesihatan juga diutamakan oleh pihak berwajib. Kemudahan hospital dan kelengkapan yang mencukupi menyebabkan kadar pertumbuhan meningkat.
Faktor Ekonomi juga mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk di negara China ini.  Kemampuan ekonomi negara dapat menampung kos sara hidup rakyat negara China. Ekonomi meningkat, maka keperluan tenaga buruh juga meningkat.
Faktor lain adalah faktor kemajuan teknologi. Dewasa ini, kita sedia maklum keupayaan negara China menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi seperti telefon pintar dan sebagainya. Sebut sahaja jenama apa, negara China mampu menciptanya. Dengan kemajuan teknologi ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar penambahan penduduk. Misalnya kemajuan teknologi dalam perubatan dapat menyelamatkan pesakit yang menderita, akhirnya kadar kematian dapat dikurangkan.

Implikasi Terhadap Penduduk Yang Ramai

Terdapat beberapa kesan atau implikasi terhadap bilangan penduduk yang terlalu ramai di negara China.

Sebagai Sumber Tenaga.

Bilangan penduduk yang ramai dapat menjana pembangunan ekonomi negara dimana masalah kekurangan tenaga buruh bukan menjadi masalah. Masalah pendatang haram juga dapat dikurangkan. Hal ini saya lihat sendiri semasa melawat Tembok Besar China, kebanyakan pekerja memukul ketulan ais pada tembok dilakukan oleh rakyat tempatan.

Meluaskan Pasaran Domestik

Tenaga buruh yang ramai dapat meningkatkan penghasilan sesuatu produk atau barangan. Dengan jumlah penduduk yang ramai, tenaga buruh meningkat, maka produk dapat dihasilkan dengan kadar yang segera dan bilangan yang banyak. Jadi tidak hairanlah negara China merupakan kuasa pasaran paling besar di rantau Asia Pasifik.

Kemiskinan dan Kemunduran

Pertumbuhan penduduk yang tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi mengakibatkan persaingan bagi mendapatkan pekerjaan yang terhad. Keadaan ini mewujudkan masalah pengangguran dan kemiskinan yang tinggi.

Penerokaan Hutan

Pertumbuhan penduduk yang pesat akan menggalakkan penerokaan sumber alam seperti hutan untuk dijadikan sumber bahan mentah industri, bahan api dan kawasan penempatan. Pertumbuhan yang pesat ini mengakibatkan banyak kawasan pertanian terpaksa dikorbankan untuk dijadikan kawasan penempatan. Diramalkan menjelang 2045, China akan mengalami krisis makanan dan tempat tinggal jika kadar pertumbuhan ini berterusan ( sumber : http://geostpm.blogspot.com/2014/06/penggal-1-alam-sekitar-manusia.html )

Pencemaran Alam

Pertumbuhan penduduk yang pesat memberi impak negetif keatas alam sekitar terutamanya terhadap sumber air, udara dan tanah. Misalnya pencemaran air kesan daripada pembuangan sampah sarap (sisa domestik) dan sisa industri.

Kesan Sosial

Penduduk yang ramai mewujudkan persaingan yang tinggi dari segi pendidikan, penempatan, pekerjaan, kesihatan dan lain-lain. Misalnya dari segi persaingan pekerjaan dimana penduduk yang tidak mendapat peluang pekerjaan akan mencari jalan lain untuk menampung kehidupan yang akan meningkatkan kadar jenayah seperti mencuri, meragut dan pelacuran


Thursday, October 2, 2014

Program ITHINK

Salam...

Kawan2 kalau nak tau berkaitan dengan Program Ithink ini.. Boleh la lihat Video penerangannya secara ringkas....






Ini pula video Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang merasmikan program ini




Video Berikut pula pendapat Guru Besar dan Pengetua selepas program ini dilaksanakan di sekolah mereka ;





Video di bawah pula merupakan pendapat Ibu Bapa tentang pencapaian anak-anak mereka yang telah mengikuti program ITHINK ini;




Berikut ialah video berkaitan dengan pandangan GURU tentang program ini




Ini pula video pendapat MURID yang telah mengikuti program ini;



Monday, September 22, 2014

++ KEUPAYAAN MUATAN (CARRYING CAPACITY) MANUSIA ++

Salam 1 Malaysia,


Sebelum saya memberi pandangan tentang topik perbincangan kita, cuba perhatikan gambar di atas. Apa yang anda dapat katakan? Muatan berlebihan ? Apa yang akan terjadi kepada motosikal yang ditunggang?

Semua persoalan ini akan terjawab apabila anda membaca forum saya ini sehingga habis. Sebelum itu, ingin saya menerangkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan Keupayaan Muatan atau dalam bahasa Inggeris Carrying Capacity. Keupayaan Muatan ialah saiz maksimum populasi yang boleh ditampung oleh persekitaran dan bergantung kepada keperluan makanan, habitat , air dan lain-lain yang terdapat dalam persekitaran.

Dalam konteks populasi biologi,  Keupayaan Muatan ditakrifkan sebagai beban maksimum persekitaran yang berbeza dari konsep keseimbangan populasi. Keupayaan Muatan merujuk kepada bilangan individu yang boleh disokong di kawasan tertentu dalam had sumber semulajadi tanpa memusnahkan alam semula jadi, sosial, budaya dan ekonomi bagi generasi masa kini dan masa depan. Dalam erti kata lain, Keupayaan Muatan bagi populasi dikatakan dicapai apabila kestabilan menghampiri nilai maksimum dengan sumber yang terhad seperti makanan, air dan bekalan. Apabila saiz populasi kecil daripada Keupayaan Muatan, kadar pertumbuhan populasi adalah positif supaya saiz populasi meningkat. Apabila saiz populasi lebih besar daripada Keupayaan Muatan, kadar pertumbuhan populasi adalah negatif supaya saiz populasi berkurang. Pertumbuhan populasi akan berhenti apabila saiz populasi menyamai Keupayaan Muatan. Keupayaan Muatan mewakili keseimbangan saiz populasi.



Maka, dapatlah dirumuskan bahawa, manusia juga mempunyai Keupayaan Muatan maksimum dan optimum. Ini kita dapat lihat melalui penghijrahan dan juga keperluan persekitaran. Pada pandangan saya, Keupayaan Muatan akan berubah mengikut keadaan persekitaran. Apabila sesuatu kawasan mempunyai saiz populasi yang tidak dapat menampung Keupayaan Muatan akan memberi kesan kepada populasi di kawasan tersebut.  Misalnya, bilangan penduduk semakin ramai di suatu perkampungan, peluang pekerjaan tidak diperolehi maka penghijrahan sebahagian penduduk untuk memenuhi keperluan hidup akan berlaku. Berbeza dengan motosikal, manusia mempunyai hayat tertentu dimana apabila berlaku kematian, Keupayaan Muatan akan meningkat yang memberi peluang kepada individu lain dalam populasi tersebut. Manakala motosikal yang lebih muatan seperti gambar diawal perbincangan tadi pastinya akan memberi kesan kepada keadaan fizikal tayar motosikal tadi dan perlu ditukar ganti dengan tayar baru. Ini bermakna, motosikal tadi mempunyai had muatan tertentu untuk memastikan keadaan tayar selamat untuk digunakan. Namun begitu, Keupayaan Muatan motosikal tadi juga boleh ditingkatkan dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan, membesarkan boncengan dan sebagainya. Berbanding dengan manusia, Keupayaan Muatan manusia bergantung kepada persekitaran. Keupayaan Muatan manusia juga pastinya akan mempengaruhi saiz populasi manusia.

Wednesday, September 17, 2014

Justin dan Jeremy ni adik beradik kembar.. cute sangat depa buat aksi...
korang layan la.. manatau korang punya tensen tu hilang.. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok apa yang menarik.. Klik pada ikon dibawah ini..

Jom Chat


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.