Monday, September 22, 2014

++ KEUPAYAAN MUATAN (CARRYING CAPACITY) MANUSIA ++

Salam 1 Malaysia,


Sebelum saya memberi pandangan tentang topik perbincangan kita, cuba perhatikan gambar di atas. Apa yang anda dapat katakan? Muatan berlebihan ? Apa yang akan terjadi kepada motosikal yang ditunggang?

Semua persoalan ini akan terjawab apabila anda membaca forum saya ini sehingga habis. Sebelum itu, ingin saya menerangkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan Keupayaan Muatan atau dalam bahasa Inggeris Carrying Capacity. Keupayaan Muatan ialah saiz maksimum populasi yang boleh ditampung oleh persekitaran dan bergantung kepada keperluan makanan, habitat , air dan lain-lain yang terdapat dalam persekitaran.

Dalam konteks populasi biologi,  Keupayaan Muatan ditakrifkan sebagai beban maksimum persekitaran yang berbeza dari konsep keseimbangan populasi. Keupayaan Muatan merujuk kepada bilangan individu yang boleh disokong di kawasan tertentu dalam had sumber semulajadi tanpa memusnahkan alam semula jadi, sosial, budaya dan ekonomi bagi generasi masa kini dan masa depan. Dalam erti kata lain, Keupayaan Muatan bagi populasi dikatakan dicapai apabila kestabilan menghampiri nilai maksimum dengan sumber yang terhad seperti makanan, air dan bekalan. Apabila saiz populasi kecil daripada Keupayaan Muatan, kadar pertumbuhan populasi adalah positif supaya saiz populasi meningkat. Apabila saiz populasi lebih besar daripada Keupayaan Muatan, kadar pertumbuhan populasi adalah negatif supaya saiz populasi berkurang. Pertumbuhan populasi akan berhenti apabila saiz populasi menyamai Keupayaan Muatan. Keupayaan Muatan mewakili keseimbangan saiz populasi.



Maka, dapatlah dirumuskan bahawa, manusia juga mempunyai Keupayaan Muatan maksimum dan optimum. Ini kita dapat lihat melalui penghijrahan dan juga keperluan persekitaran. Pada pandangan saya, Keupayaan Muatan akan berubah mengikut keadaan persekitaran. Apabila sesuatu kawasan mempunyai saiz populasi yang tidak dapat menampung Keupayaan Muatan akan memberi kesan kepada populasi di kawasan tersebut.  Misalnya, bilangan penduduk semakin ramai di suatu perkampungan, peluang pekerjaan tidak diperolehi maka penghijrahan sebahagian penduduk untuk memenuhi keperluan hidup akan berlaku. Berbeza dengan motosikal, manusia mempunyai hayat tertentu dimana apabila berlaku kematian, Keupayaan Muatan akan meningkat yang memberi peluang kepada individu lain dalam populasi tersebut. Manakala motosikal yang lebih muatan seperti gambar diawal perbincangan tadi pastinya akan memberi kesan kepada keadaan fizikal tayar motosikal tadi dan perlu ditukar ganti dengan tayar baru. Ini bermakna, motosikal tadi mempunyai had muatan tertentu untuk memastikan keadaan tayar selamat untuk digunakan. Namun begitu, Keupayaan Muatan motosikal tadi juga boleh ditingkatkan dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan, membesarkan boncengan dan sebagainya. Berbanding dengan manusia, Keupayaan Muatan manusia bergantung kepada persekitaran. Keupayaan Muatan manusia juga pastinya akan mempengaruhi saiz populasi manusia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok apa yang menarik.. Klik pada ikon dibawah ini..

Jom Chat


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.