...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

30 December 2011

Sistem Pengurusan Latihan Guru

Perluasan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) ke semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru telah selesai menjalankan taklimat Sistem Pengurusan Latihan Guru di semua Jabatan Pelajaran Negeri.
Oleh yang demikian pihak BPG memohon kerjasama semua JPN menjalankan perluasan SPLG kesemua PPD dan sekolah serta memasukkan maklumat-maklumat latihan dari bulan Januari 2011 sehingga Disember 2011. sebagai persiapan pelaporan yang perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Pihak kami mencadangkan tarikh pengemaskinian dilaksanakan sebelum pada 30 November 2011 bagi memudahkan lagi proses penyediaan pelaporan.
Kerjasama Y.Bhg Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan bagi menjayakan usaha ini didahului dengan ucapan terima kasih 

link;

09 December 2011

Standard Guru Malaysia

Kengkawan a.k.a guru2 Malaysia.. 
Jangan lupa isi Standard Guru Malaysia before 31 Dis 2011 ya... 
ia tentang PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA. Sendiri buka sendiri tau la nanti...hehehehe

ini dia linknya http://apps.moe.gov.my/sgm/index.cfm

ID pengguna = K/P anda & kata laluan = 4 angka terakhir no K/P

06 December 2011

Program yang digunakan dalam penghasilan blog

Salam semua,
Di sini saya ingin berkongsi beberapa program yang saya gunakan dalam menghasilkan blog saya ini.
Hampir kesemuanya saya ambil dari internet, memang sangat mudah dan pantas. Ada diantara program itu merupakan trial sahaja. tetapi memadai untuk kita mencuba dan mempelajarinya.
Antara program2 tersebut, seperti;
  1. FreemakeVideoConverter
  2. Youtube Splitter
  3. Disketch (Disk cover)
  4. Save As PDF and XPS (kecilkan m.word)
  5. http://www.bannersnack.com/
  6. http://www.slideshare.net/
  7. http://www.scribd.com/
Nak tahu lebih lanjut, boleh cari dalam internet.. selamat mencuba..

29 November 2011

Rancangan Tahunan Matematik Tahun 1

Disini saya menyediakan satu Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi mata pelajaran Matematik (KSSR) Tahun 1.


09 November 2011

Contoh Laporan Tahunan

Salam kawan2... Saya ada maklumat lain untuk dikongsi.. Ini merupakan contoh laporan yang saya pernah
bentangkan dalam Mesyuarat Kurikulum/Panitia sekolah lama saya iaitu SK SERI BESOUT, SUNGKAI. Saya harap laporan ini memberi idea untuk anda bentangkan sebarang laporan berkaitan dengan PJK di sekolah anda. Dengan adanya laporan berbentuk Power Point ini, idea serta penyampaian kita akan lebih ringkas, padat dan tepat. Selamat membaca...

Dokumen Dalam Fail Panitia PJK

Salam 1 Malaysia... kawan2, hari ini merupakan hari yang ceria bagi saya... ini kerana saya dapat idea untuk membuat pengisian dalam blog saya ini. Oleh kerana sekarang ni mungkin ramai yang sibuk mengisi fail panitia masing2, saya ingin berkongsi maklumat, mungkin berguna untuk anda.. selamat membaca...





04 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha



Salam.. dikesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha.. semoga tahun ini memberi banyak pengertian.. Setiap pengorbanan kita sebelum ini jadikan satu titik permulaan untuk menggapai kejayaan.. Rasa seronok pon ada, sedih pon ada. nak dengar seronok ker sedih dulu? Hehehehe, jawab soalan ni tak dpt pointer tinggi pon.. hahahaha.. tapi just nak berkongsi keseronokan dan kesedihan.. yg seronoknya dpt blik kg suami kat kedah nun.. ble mandi ayaq tejun.... best... raya2 p bkelah pon syok gak... yg sedihnya sebb teingat kat arwah mak... taun ni raya aidilfitri pon tak smpat beraya dengan mak.. tapi tak pala, kena terima ketentuan Allah.. Semoga arwah mak ditempatkan dengan golongan orang yang beriman.. amin..

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.